The World Revolves Around Internet of Things
The World Revolves Around Internet of Things
This is a platform for User Generated Content. G/O Media assumes no liability for content posted by Kinja users to this platform.

REDtone IOT Memperkenalkan CitiAct Bertujuan Untuk Mempertingkatkan Mutu Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan

Illustration for article titled REDtone IOT Memperkenalkan CitiAct Bertujuan Untuk Mempertingkatkan Mutu Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan
Illustration for article titled REDtone IOT Memperkenalkan CitiAct Bertujuan Untuk Mempertingkatkan Mutu Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan
Advertisement

REDtone IOT Sdn Bhd telah mambangunkan satu aplikasi yang dinamakan ‘CitiAct” yang kami percaya dapat membantu menambah baik perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan seterusnya kelestarian penduduk setempat. Aplikasi ini telah pun di lancarkan secara rasmi pada Ogos 4, 2015.

“CitiAct” merupakan satu aplikasi yang membolehkan penduduk setempat membuat laporan atau aduan tentang keadaan semasa bandar mereka secara terus hanya dengan menggunakan mana-mana peranti mudah-alih yang berkelengkapan kamera dengan tujuan sebagai bukti (jika perlu) manakala di pihak PBT pula akan di bekalkan aplikasi web “CitiAct Case Management System (CMS)” untuk tindakan susulan tersebut.

Advertisement

Kelancaran sesuatu tindakan susulan itu serta status laporan oleh pihak PBT bergantung sepenuhnya kepada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan oleh pihak PBT itu sendiri. KPI itu jelas dapat dikawalselia melalui satu lagi kpmponen aplikasi “CitiAct Dashboard”. Kami juga menawarkan portal “citisense.com” yang juga boleh diakses oleh pengadu itu sendiri pada bila-bila masa menerusi peranti mudah-alih mereka.

Kami turut mengklasifikasikan laporan atau aduan kepada empat (4) kategori iaitu hal-hal berkaitan perkhidmatan awam, hal-hal berkaitan bencana alam, hal-hal berkaitan keselamatan dan hal-hal berkaitan kesesuaian kawasan.

Advertisement

Aplikasi CitiAct yang diberikan secara percuma ini sangat mudah untuk dimuat turun melalui “Google Play” dan “Apple Store” manakala “CitiAct CMS” dan “CitiAct Dahsboard” yang kami bekalkan kepada pihak PBT.

Cadangan ini menggunakan kaedah Internet of Things (IoT) yang mampu meningkat kecekapan sistem aduan pantuan dan tindak balas perkhidmatan yang diselenggarakan oleh pengurusan PBT secara telus dan otomatik dengan pengumpulan data-data aduan, pantuan dan tindak balas. Dengan adanya IoT ini jelas sudah infrastruktur fisikal dan digital bergabung menjadi satu wadah bersepadu. Ini boleh dianggap sebagai transformasi yang boleh meningkatkan produktiviti sesebuah pengurusan.

Advertisement

CitiAct ini dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan menjadikan sebuah bandaraya pintar yang maju dan sejahtera.

Share This Story

Get our newsletter